Make your own free website on Tripod.com
Text Box: Salam Sejahtera, 

Laman sesawang pembelajaran ini bertujuan untuk memudahkan dan membantu pelajar yang mengikuti kursus Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.  

Semua tugas yang dilakukan sepanjang kursus ini hendaklah dikaitkan dengan pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.  Justeru itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Rendah dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah hendaklah sentiasa dirujuk.

Tugasan yang diberikan bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan TMK.  Strategi pengajaran berbantukan TMK merupakan strategi pengajaran yang perlu dikuasai oleh guru Bahasa Melayu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih berkesan dan bermakna.   

Pelajar mestilah mendapatkan penjelasan lanjut daripada pensyarah di IPG masing-masing sekiranya menghadapi masalah berhubung dengan nota serta panduan yang dikepilkan bersama-sama laman ini.

Selamat belajar dan semoga mendapat manfaat daripada kandungan yang disediakan.

Lokman Abd Wahid
Jabatan Bahasa,
Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia,
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur.

BME3103

Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Pengumuman Minggu 9:

 

 

1. Kerja minggu 9 adalah berkaitan dengan pengeditan bahan daripada internet.

2. Pengeditan bahan internet hendaklah berlandaskan prinsip pengeditan bahan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang hendak dicapai, peringkat tahun pembelajaran murid, dan tahap kepandaian  murid.

3. Buat satu perancangan mingguan yang di dalamnya menggabungkan ketiga-tiga kemahiran.

4. Daripada rancangan mingguan, pilih salah satu daripad hari dan binalah satu rancangan pengajaran harian daripadanya..

5. Dapatkan bahan yang sesuai daripada internet untuk dijadikan bahan pengajaran bagi rancangan pengajaran harian yang anda akan bina.

6. Edit bahan yang berkenaan dan tukarkan kepada bentuk brosur, jurnal dan menu.

7. Tunjukkan penggunaan bahan yang berkenaan dengan menggunakan laman web pembelajaran.

8. Para pelajar hendaklah memuat naik semua kerja mingguan ke laman web pembelajaran masing-masing.

9. Sila rujuk nota yang disediakan.

10. Selamat bercuti dan selamat menjalani PBS!...

CARI

 

Text Box: SELAMAT BELAJAR

Minggu 9: 11 Ogos– 16 Ogos 2008

TARIKH:
[ Yahoo! ] options

Kandungan Interaksi

Minggu 1:  16-20 Jun 08

· Alamat Internet

· Katalog Alamat Internet

· Fail Internet

· Aplikasi dalam P&P

Minggu 2:  23-27 Jun 08

· Enjin Pencari

· Mod Penggunaan TMK

Minggu 3:  30 Jun-4 Jul 08

· Panduan Penggunaan Internet

· Brosur

· Power Point

Minggu 4:  7-11 Julai 08

· Penmilihan Bahan Sastera

· Pemilihan Bahan Tatabahasa

· Pemilihan Bahan Bidang Lain

Minggu 5:  14-18 Julai 08

· Contoh Tapak Pembelajaran

· Contoh Laman Web Pembelajaran

· Contoh Reka Bentuk Laman Web Pembelajaran

· Prosedur memuat naik

Minggu 6:  21-25 Julai 08

· Struktur Hierarki

· Struktur Komposit

· Struktur Linear

· Struktur Rangkaian

· Contoh Pengajaran

Minggu 7:  28-30 Julai 08

· Model Addie

· Model Hipermedia

· Contoh Pemetaan Aplikasi Model Hanaffin dan Peck

· Contoh RPH

· Contoh Tapak Pembelajaran Model Hanaffin dan Peck

Minggu 8:  4-8 Ogos 08

· Pengajaran Dalam dan Luar Talian

· RPH

· Tapak Pembelajaran

· Laman Web Pembelajaran

· Alamat Laman Web Pelajar 3A IPBMM

Minggu 9:  11-15 Ogos 08

· Pengeditan Bahan

· Contoh 1

· Contoh 2

· Contoh 3

 

Kandungan Interaksi

Minggu 10: 18-22 Ogos

· Cuti Pertengahan Semester

Minggu 11: 25-29 Ogos 08

· Pengalaman Berasaskan Sekolah

Minggu 12: 1-5 Sept 08

· Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya

· Pembentangan Hasil Kerja

Minggu 13: 8-12 Sept

· Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

· Tapak Pembelajaran

· Laman Web Pembelajaran

Minggu 14: 15-19 Sept 08

· Menggunakan Alat Pengarangan Elektronik dalam Pengajaran Bahasa Melayu

· Penyuntingan Bahan

· Mod Aplikasi

Minggu 15:  22-26 Sept 08

· Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

· Aplikasi Animasi dalam Bahan Pengajaran Mengikut Kemahairan Bahasa

· Menggunakan Animasi daripada Internet

Minggu 16: 29-30 Sept 08

· Pengguna CD Pembelajaran

· Pakej Tutorial Pembelajaran

Minggu 17: 6-10 Okt 08

· Pameran

Minggu 18: 13-17 Okt 08

· Ulang Kaji

Minggu 19: 20-24 Okt 08

· Ulang Kaji

Minggu 20: 27-31 Okt

· Peperiksaan

 

· Pelajar PISMP 2A Sem Jun-Nov 2008

· Alamat Laman Web PISMP 2A

· Alamat Laman Web  BM Media 14 Minggu